Monday, April 16, 2012

LATAR BELAKANG PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG TG TO'KONG

Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang





Latar Belakang Sejarah

• Kampung Tanjung Tokong adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sejak sebelum era penjajahan. Kajian terperinci jelas menunjukkan kampung ini telah ada sebelum tertubuhnya bandaraya George Town. Tanjung Tokong adalah salah satu mukim ketika George Town ditubuhkan pada tahun 1839.
• Lakaran peta-peta terawal semasa pembukaan Pulau Pinang mengesahkan kewujudan Kampung Tanjung Tokong.
• Di antara bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa kampong ini telah wujud lebih daripada 200 tahun (1786-2008) dapat dikesan daripada tinggalan-tinggalan sejarah yang ada di atas tanah kampong. Di antaranya ialah batu-batu nisan tua di tanah perkuburan bukit Tanjong Tokong dan masjid asal.
• Kampung ini pada asalnya sebuah perkampungan nelayan tradisional dan terkenal dengan kaedah penangkapan ikan mengunakan jermal.
• Kawasan Tanjung Tokong terdiri daripada dua penempatan iaitu kawasan kampong asal di Jalan Lama Tanjung Tokong yang tidak tersusun dan padat serta kawasan penempatan baru yang tersusun dan berlot.
• Dalam jangka masa 30 tahun kawasan penempatan baru yang berlot telah menjadi kucar-kacir akibat pengabaian terhadap pembangunan.

Proses Pemindah Milikan Tanah

• Setelah hampir 200 tahun penempatan Kampung Tanjung Tokong, secara umumnya tiada pemilikan tanah yang diperolehi oleh penduduk Tanjung Tokong tetapi yang anehnya hanya terdapat 3 lot tanah bergeran selainnya diistiharkan sebagai TOL.
• Pada 1974 tanah penempatan penduduk Tanjung Tokong seluas 48 ekar telah diserahkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pada nilai RM 1.00 (Ringgit Malaysia: Satu sahaja) dengan ‘sekatan syarat khas’ bagi tempoh pajakan selama 99 tahun.
• Di samping itu UDA juga telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri tanah tambun (reclaimed land) persisir pantai Tanjung Tokong seluas 52 ekar seawal tahun 1980 an.
• Kesan daripada pemindahmilikan tanah kepada UDA secara otomatik penduduk asal telah turun tarafnya sebagai setinggan dimatakaca UDA selaku pemaju.

Pembangunan semula Tanjung Tokong dan kesannya

• Pada umumnya plan pembangunan semula Kampung Tanjung Tokong adalah menjadi rahsia UDA ke atas penduduk.
• Dari 1974 sehingga sekarang UDA telah mendirikan rumah-rumah pangsa kos murah dan sederhana murah dengan beberapa fasa dan sebuah balai polis oleh Kementerian Dalam Negeri diatas sebahagian tanah asal (48 ekar).
• Perpindahan besar-besaran ke rumah-rumah pangsa keatas sebahagian daripada penduduk Tanjung Tokong dilakukan pada 1987 dengan suatu protes yang sangat membara oleh penduduk.
• Setelah campurtangan politik pada masa itu, penduduk asal diatas tanah TOL diberi rumah ganti rumah. Sementara anak-anak penduduk yang telah berumahtangga tetapi bermastautin di Tanjung Tokong diberi rumah pangsa pada potongan 45%.
• Dari 1990-2008, iaitu hampir 18 tahun, pihak UDA telah mengalih fokus dari membangunkan sebahagian lagi kawasan Kampung Tanjung Tokong mengikut “sekatan syarat khas” kepada perkara yang tidak jelas kepada penduduk.
• Dalam tempoh tersebut diatas, kawasan kampung yang telah sedia tersusun dikenali sebagai “Perumahan Kampung Moden Tanjung Tokong” yang dibangunkan oleh British dalam tahun 1950an dan kawasan selebihnya telah menjadi kucar kacir dengan penambahan(extension) pada rumah asal dan kebanjiran penduduk dari luar kawasan Tanjung Tokong yang menyewa dan mendirikan rumah tanpa nombor.
• Akibat daripada pemindahan penduduk kerumah-rumah pangsa yang rekabentuk dalaman yang sempit merimaskan dan ada yang hanya mempunyai satu bilik tidur dan rumah ganti rumah yang mempunyai 2 bilik telah mengundang masalah sosial yang serius.
• Penduduk yang baru saja dipindahkan kerumah transit tiada satu jaminan yang konkrit bagi masa depan.

Usaha dan saranan penduduk

• Untuk memastikan suara penduduk didengari oleh pihak pemaju iaitu UDA, para penduduk telah menubuhkan Persatuan Penduduk Tanjung Tokong (Persatuan) pada 1981.
• Melalui Persatuan, badan-badan lain dan campurtangan politik, penduduk terpaksa berpuas hati dengan apa saja sajian yang dikemukakan oleh UDA terutamanya dalam menyelesaikan masalah penduduk asal di atas tanah TOL.

• Persatuan telah sekian lama berjuang dan mengemukakan cadangan-cadangan berikut:-

1. Menangani masalah masa kini - menyelesaikan kepadatan penduduk, memohon kerajaan kegeri dan pusat membina projek perumahan mampu milik untuk golongan termiskin dan terpinggir dalam Bandar. Mereka terdiri daripada penyewa, kelamin dan penghuni rumah tanpa nombor. Persatuan mengenengahkan supaya projek ini dibina di kawasan tebus guna yang baru di depan pantai Tanjung Tokong.
2. Menerajui masa depan : Mempertahankan Kampung Tanjung Tokong sebagai ZON WARISAN MELAYU dalam Bandar Georgetown dengan menjadikan kampung tradisional tersusun yang berwajah baru menerusi pembangunan semula.
3. Menaik taraf kemudahan asas seperti jalan, sistem perparitan dan melengkapkan kemudahan awam seperti pejabat pos, padang permainan dan rekreasi, pasar, gerai penjaja kecil dan lain-lain.
4. Memberi peruntukan kepada penduduk Tanjung Tokong untuk membangunkan semula kampung ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
5. Menubuhkan jawatankuasa bersama diantara kerajaan negeri, UDA dan wakil-wakil penduduk untuk menentukan perancangan, pengawasan, pelaksanaan dan pemantauan projek berjalan dengan lancar. Kerajaan negeri menjadi pemacu utama dalam jawatankuasa ini.

• Persatuan juga telah mengemukakan satu memorandum kepada YAB Perdana Menteri pada tahun 2005 supaya pembangunan semula Tanjung Tokong dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
• Terbaru, disamping saranan Persatuan wujud juga badan lain yang mengemukankan memorandum kepada kerajaan negeri yang berkisar kepada saranan Persatuan.


Langkah selanjutnya

• Mengembelingkan semua pertubuhan-pertubuhan NGO dan politik untuk meneruskan usaha murni yang diperjuangkan oleh Persatuan selama ini.
• Bersungguh-sungguh untuk merealisasikan Jawatankuasa Bersama seperti saranan diatas.
• Menjadikan peranan kerajaan negeri sebagai paksi yang memacu proses Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong demi kepentingan rakyat berdasarkan kerajaan negeri adalah pemilik asal Kampung Tanjung Tokong.

PENGENALAN


LATAR BELAKANG: Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1981. Persatuan ini adalah sebuah NGO yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Persatuan ini telah menjadi badan penghubung diantara penduduk dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, badan-badan politik dan lain-lain NGO.

MOTO: "Muafakat membawa berkat"

MISI: "Pembangunan seimbang di antara tradisi dan moden"

VISI: Perkampungan tradisional melayu yang tersusun dalam arus pembangunan perdana.

OBJEKTIF: Membela kepentingan penduduk menghadapi pembanggunan semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

AKTIVITI UTAMA:
1.Mengadakan perjumpaan dan sesi penerangan kepada penduduk kampung serta mendapatkan maklumbalas daripada penduduk.
2.Mengemukakan cadangan dan pandangan kepada pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk mendapatkan panduan dan sokongan.
3.Mengemukakan tuntutan penduduk kepada pihak UDA dari semasa ke semasa.
4.Menghantar memorandum kepada pihak kerajaan Malaysia, Kerajaan Pulau Pinang,TYT, Kementerian-kementerian yang berkaitan, UDA, badan-badan politik dan NGO berkaitan.
5.Memberikan taklimat dan pembentangan kertas kerja/ cadangan kepada kerajaan negeri dan badan berkaitan.
6.Menyebarkan maklumat melalui internet.
7.Berusaha untuk merealisasikan penubuhan Jawatankuasa Bersama yang terdiri daripada kerajaan negeri selaku pengerusi, UDA dan wakil penduduk. Jawatankuasa ini akan menjadi suatu platform untuk perbincangan yang telus, cadangan dan maklumbalas pembangunan semula Kampung Tanjung Tokong (Terbaru).

tanda sokongan anda

sokonglah kami!!!

BERITA TERKINI UDA HOLDINGS TAWARKAN SURAT PERJANJIAN

Berita Utara

April 14, 2012 17:28 PM

Uda Holdings Serah Surat Perjanjian Kepada Penduduk Tanjung Tokong Minggu Depan

KEPALA BATAS, 14 April (Bernama) -- Uda Holdings Berhad akan menyerahkan surat perjanjian berhubung pemilikan rumah kepada 1,043 keluarga di Tanjung Tokong dekat sini minggu depan supaya 24 peratus penduduk yang masih tinggal di kawasan projek penempatan semula dapat berpindah dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Operasi Uda Land (North) Sdn Bhd Kamarudzaman Mohd Zain berkata surat perjanjian bersama tawaran yang diminta penduduk Tanjung Tokong itu sebagai mengotakan janji berhubung tuntutan penduduk di situ.


"Sehingga kini hanya 80 keluarga yang mendiami 32 buah rumah masih tinggal di kawasan terlibat dengan projek Uda manakala bakinya sudah berpindah ke rumah transit yang terletak berhadapan kampung asal," katanya kepada pemberita pada majlis Taklimat Perpindahan Penduduk Tanjung Tokong di sini.


Beliau berkata pihaknya berharap baki penduduk di situ dapat berpindah pada bulan ini berikutan tawaran dan surat perjanjian yang ditawarkan begitu istimewa.


Katanya antara tawaran yang dikemukakan dalam surat perjanjian berkenaan melibatkan empat kategori pemilik iaitu rumah tanah tumpang sementara (TOL), kelamin, rumah tidak bernombor dan penyewa.


"Bagi TOL, mereka ditawarkan dengan rumah ganti seluas 79 meter persegi, sagu hati berpindah ke rumah transit RM1,000 dan berpindah ke rumah kekal RM3,500, sekiranya enggan berpindah ke rumah transit mereka diberi subsidi sewaan sebanyak RM500," katanya.


Kamarudzaman berkata bagi kelamin dan rumah tidak bernombor pula ditawarkan rumah ganti rumah seluas 74 meter persegi serta sagu hati berpindah ke rumah transit RM1,000 dan rumah kekal RM2,000 serta subsidi sewa RM300.


Katanya penyewa yang pernah tinggal di perkampungan Tanjung Tokong lebih dari 10 tahun semasa bancian dibuat turut ditawarkan dengan kelayakan membeli rumah berkeluasan 74 meter persegi dengan diskaun sebanyak 45 peratus.


-- BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Disesuaikan daripada Rencana terawal Laman Reformasi Monday, September 14, 2009

SELEPAS KAMPUNG BUAH PALA KINI TANJONG TOKONG. Kampung Buah Pala telah mendapat hak mereka bagaimana dengan Kampung Tradisi Tg To' Kong















KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN


PENDUDUK TANJONG TOKONG MULAKAN KEMPEN “SELAMATKAN TANJUNG TOKONG”

Terjemahan Oleh ;Amiruddin Ahmad

Penduduk kampong Tanjong Tokong mendakwa bahawa mereka adalah antara penduduk terawal yang mendiami Pulau Pinang telah memulakan kempen mereka bagi mengekalkan suasana kampung di Pulau Pinang daripada terpukul habis akibat pembangunan

Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong yang berdaftar dengan mempunyai 500 ahli telah melancarkan langkah pertama mereka dengan meminta tandatangan seluruh negara.Sokongan daripada seluruh masyarakat Malaysia bagi mengekalkan keadaan di kampung tersebut menrusi pembangunan semula berbentuk warisan.

Mereka berazam untuk mendapatkan tandatangan 3000 orang daripada pelbagai NGO’s tempatan dalam usaha menjaga warisan kampung itu.


Keduanya, mereka juga akan mengemukakan kepada pihak UDA berkaitan dengan semua bentuk risalah,serta dokumen yang berkaitan dengan politik dan juga sejarah dimana ianya akan dapat dijadikan sebagai satu contoh supaya pihak UDA memahaminya.Begitu juga mereka akan mengemukakan sejumlah tuntutan yang sepatutnya diterima penduduk jika mereka di paksa untuk berpindah dari kampong tersebut.

Menurut pengerusi Badan Bertindak SELAMATKAN KAMPUNG TG TOKONG, Mohd Salleh Yahaya, bahawa perkara penting yang menjadi keutamaannya ialah mengekalkan kebudayaan dan juga kependudukan sebagai sebuah perkampongan Melayu yang diiktiraf sebagai sebuah kampung Melayu yang kekal di Pulau Pinang.


Sejak UDA menyatakan bahawa penduduk di kampong tersebut tinggal di tanah setinggan , semua penduduk merasakan bahawa mereka kehilangan hak mereka di atas tanah sendiri.

“Kami telah kehilangan hak kami, pada hal kami adalah penduduk asal di kampong ini ,tiba-tiba kehilangan hak setelah ianya di katakan kami ini adalah setinggan oleh UDA”

“Kerajaan Persekutuan harus memberikan satu keyataan bahawa kampung ini adalah hak penduduk Melayu Tanjong Tokong dan ianya menjadi hak kami untuk tinggal di sini” , demikian jelas beliau lagi.


Merujuk kepada apa yang terjadi kepada perkampung asal penduduk kampong Buah Pala dan apa yang terjadi kini , maka jelaslah tidak ada mana-mana pihak pun baik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang mahu bertanggungjawab bagi membantu penduduk di Pulau Pinang.


Beliau menyatakan demikian di mana pekampungan yang di iktiraf oleh kerajaan negeri seperti perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud an juga Jetti kongsi kaum Cina di iktiraf.Adakah ini diiktiraf sedangkan kampung Buah Pala dan kampung Melayu tanjong Tokong di ketepikan???soalnya lagi

“Kita hanya akan dapat mengekalkan keadaan ini apabila kerajaan persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa kampung ini adalah kampong yang menjadi perkampung tradisional yang menjadi lambang budaya masyarakt Melayu”; jelas Mohd Salleh lagi.


Selepas mendapatkan tandatangan dalam jagkamasa l sebuan ini , mereka akan membawa semua maklumat dan bukti untuk bertemu dengan Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan kebudayaan dan kesenian negara.

Kampung Melayu Tanjung Tokong dianggarkan mempunyai 24 ekar tanah dengan 350 buah rumah , termasuk 30 buah rumah setinggan yang tidak mempunyai nombor rumah , dan mempunyai 6000 penduduk.Namun dengan pemecahan yang dilakukan UDA , mereka hanya mengiktiraf sebanyak 1,026 keluarga sahaja.

Namun menurut setiausaha kampong tersebut, Wahab Sini Ibramsa berkata bahawa persatuan itu mendapati bahawa sebanyak 500 nama penduduk kampong ini telah di hilang sebagai pemilik tanah.


“Kami akan menyenaraikan dan menjelaskan kepada pihak yang berkenaan dengan bantuan pelajar Universiti sains Malaysia untuk membetulkan senarai nama dan pemilik tanah asal di dalam kampung ini".beliau menyatakan dalam sidang akhbar beliau.



Sorang aktivis dalam bidang social dan juga kajian serta analysis mengenai perkampungan Melayu Wazir Jahan Karim mendapati bahawa pihak berkuasa mempunyai satu sikap iaitu tidak mahu mengekalkan perkampungan ini kononnya ianya tidak terurus dan sanggup membina penempatan asing yang lebih terurus Cuma untuk menempatkan pelancong.Beliau juga menyatakan demikian dengan menjelaskan bahawa ianya kini terjadi di Pangkor,Langkawi Tioman dan Pulau Pinang.

Sejarah telah membuktikan bahawa Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini.
Sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampong Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786.

Namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan.Menurut mereka lagi pihak penduduk kampung telah menghantar surat ke pejabat Perdana Menteri sejak November lalu menuntut agar pihak Kerajaan Persekutuan mengktiraf kampong Melayu Tanjong Tokong adalah perkampung Tradisional Melayu.

Namun menurut Mohd Salleh Perdana Menteri DS Najib Riazak tidak pernah menjawab perkara tersebut sehingga kini.

Kerajaan terdahulu yang di ketuai oleh Barisan Nasional telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkampungan yang mempunyai 48 ekar ini di pajak kepada kepada pihak UDA pada tahun 1974 dulu dalam usaha untuk pembanggunan semula perkampungan ini.Ianya bertujuan untuk menyusun semula kaum Melayu di Pulau Pinang dimana ianya di rancang oleh bekas perdana menteri Tun Abdul razak , bapa kepada DS Najib Tun Razak.

Beberapa tahun lepas , kerajaan Bn juga telah memberikan hak kepada UDA kawasan berdekatan seluas 54 ekar lagi bagi membangunkan penempatan.Menurut Mohd Salleh. Dalam piolisi ini juga penduduk mestilah di pindahkan, dimajukan bersesuaian dengan era pembanggunan tempatan, namun usaha ini gagal di lakukan oleh UDA.



Pihak UDA dijangka akan membina 650 unit rumah kos sederhana dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 20 ekar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut.Pihak UDA juga katanya membina apartment kos sederhana dan terbuka kepada sesiapa yang mahu membelinya.


“Semua bentuk perumahan yang akan di bina adalah untuk kepentingan pemaju dan juga keuntungan dan bukan untuk penduduk kampong ini” demikian jelas Mohd salleh.

Pihak UDA menawarkan kepada penduduk kampong sebuah unit rumah flat kepada penduduk’ demikian jelas beliau lagi

Dalam hal ini kepada siapakah penduduk kampung Tanjong Tokong akan merayu kerana dengan apa yang berlaku kepada penduk kampung Buah Pala, harapan mereka tidak kemana.

Monday, February 6, 2012

Badan Bertindak Warisan Hidup Tanjong Tokong"WATAN"

Badan bertindak ini merupakan action comitee. Ia berfungsi untuk melaksanakan konsep, corak dan pelaksanaan pembangunan warisan dalam pelan pembangunan semula Kampung Tradisi Tanjong To' kong. Tindakan ini dibuat setelah Kerajaan negeri menerusi KM telah mengisytihar dan memperakui kampung ini menjadi kampung heritage dalam sidang DUN pada bulan oktober 2011:

Malah kerajaan negeri telah memutuskan untuk mengklasifikasikan semula Kampung Tanjong Tokong kampung Melayu yang tertua di Pulau Pinang sebagai kampung warisan selepas status ini digugurkan oleh kerajaan BN dahulu

Warisan yang dimaksudkan bukan galeri dan muzium sahaja. Warisan di sini ialah LIVING HERITAGE - WARISAN HIDUP sesuai dengan dasar kementerian yang bertanggung jawap tentang warisan yang diterajui oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim :

WARISAN IALAH SESUATU YANG DITERIMA OLEH SESEORANG ATAU SEKELOMPOK MASYARAKAT DARIPADA GENERASI SEBELUMNYA. IA MENGGAMBARKAN MEMORI DARIPADA SELURUH KEHIDUPAN YANG MELENGKAPKAN KETAMADUNANNYA

Keanggotaan :

Terdiri daripada pakar-pakar warisan, NGO, wakil-wakil penduduk dan wakil kerajaan negeri. Buat masa ini struktur cadangannya sebagai berikut :

Penasihat : 1. YB Teh Yee Chiew ADUN Tg Bunga
2. Profesor Dr Ahmad Myurad Merican - Sarjana warisan dan sejarah awal Pulau Pinang sebelum era penjajahan


Pengerusi : Profesor Wazir Jahan Karim - pakar warisan Melayu,Islam dan Jawi Peranakan P.Pinang


Timbalan Pengerusi Profesor Mohamad bin Md Yusuf


Setiausaha : Mohd Salleh Yahaya - aktivis sejarah dan warisan


Jawatankuasa :

1. Profesor Muhamad Hj Salleh
2 Ahmad Sainey - bekas pensyarah MPSP

3. Abdul Wahab bin Siney Ibramsa -wakil NGO
4. Mohd Mustafa Kamal Yahaya - kontraktor

5. IR Mahmud Yusuf - mantan eksekutif Petronas

5. Wakil- wakil warisan institusi Madrasah AlTaqwa

dan Persekutuan Setia Tanjong Tokong
6.Wakil -wakil pemilik rumah yang berpenampilan warisan
7.Wakil -wakil PAS, DAP, PKR dan UMNO
8.Wakil-wakil NGO berkaitan warisan "Peradaban" dan PHT

Perancangan dan Tindakan :

1. Jumpa YAB Ketua Menteri dan dapatkan penjelasan cara mana pembangunan warisan harus dilaksanakan sertakan dengan lakaran kasar pelan pembangunan

2. Minta kerajaan negeri tahan dan sekat pelaksanaan projek kerana pelan projek bertentangan dengan konsep pelaksanaan warisan hidup living heritage

3. Hantar surat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia DS Naib Tub Razak

4. Hantar surat kepada Menteri di JPM

5. Hantar surat kepada pihak-pihak yang terlibat sexara menyeluruh

6. Jumpa dengan pihak kerajaan pusat


7. Buat permohonan supaya kementeriaan penerangan multimedia dan kebudayaan wartakan kampung Tradisi Tanjong Tokong menjadi zon warisan

8. Buat permohonan supaya unesco memperakuinya sebagai khazanah warisan dunia yang perlu dibangun ,disusun dan dihidupkan semula

9. Hidupkan semula segala budaya,tradisi, permainan rakyat, seni pemakanan, hasil intelektual, sebagai warisan hidup yang berkembang

10. Dirikan muzium hayat rakaman sejarah, pengalaman dan jasa tokoh-tokoh setempat yang hidup di sepanjang sejarah kampung.

Kesimpulan- idea asas ini perlu distrukturkan semula. Ia terbuka kepada penambaikan.perlu untuk dimurnikan semula sehingga menjadi sebuah idea yang konkrit dan lengkap. Sasarannya menjadi pelan tindakan yang bersepadu yang sesuai untuk dilaksanakan .

Tuesday, December 6, 2011

MEWUJUDKAN ZON WARISAN DI KAMPUNG TRADISI TG TOKONG

Usaha untuk mewujudkan Zon Warisan di kampung tradisi Tg Tokong menempuh laluan yang amat sukar. Mengapa terjadi demikian ? Meski pun ada penegasan daripada CM P.Pinang Tuan Lim Guan Eng bahawa pelan pembangunan semula Tg Tokong oleh UDA Holdings tidak akan diluluskan tanpa komponen warisan di dalamnya.

Perkara ini telah diserahkan kepada TKM 1 Datuk Mansor Othman untuk menyelesaikannya.Mesyuarat demi mesyuarat diadakan. Namun tidak menghasilkan sebarang pendirian daripada beliau tentang hala tujunya.Adakah keputusan hanya akan keluar setelah kampung ini dihancurkan dan hilang segala petanda tentang wujudnya sebuah kampung Melayu tertua di sana beserta dengan warisan hidupnya seperti Kelab Setia Tg Tokong(1911) dan Madrasah Al Al Taqwa(1926).

Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong tidak menuntut sesuatu yang ideal bahawa seluruh kampung ini menjadi warisan. Kita menuntut hanya satu bahagian dikekalkan menjadi zon warisan selaras dengan kertas cadangan pakar warisan Melayu Islam P.Pinang Prof Wazir Jahan Karim. Kita juga telah memberi satu pelan lakar bagaimana perkara tersebut boleh direalisasikan.

Monday, September 5, 2011

SEJARAH DAN WARISAN KAMPUNG TRADISI TG TOKONG -RAYUAN KEPADA PM DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG TG TOKONG

PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG TRADISI TG TOKONG BERMULA PADA TAHUN 1974 APABILA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR UDA (URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY) DIBERI HAK MILIK PAJAKAN 99 TAHUN UNTUK MEMAJUKAN TANAH SELUAS 48 EKAR DI TG TOKONG.

TUJUANNYA BAGI MENYUSUN SEMULA,MEMULIH DAN MEMPERBAHARUI PEMBANGUNAN KAMPUNG INI SESUAI DENGAN SUASANA PERBANDARAN. MATLAMAT INI MENEPATI KEHENDAK DEB (DASAR EKONOMI BARU) 1970-1990.SASARANNYA UNTUK JANGKA MASA 20 TAHUN.

DALAM JANGKA MASA TERSEBUT MASYARAKAT MELAYU DALAM BANDAR YANG MISKIN LAGI TERPINGGIR AKAN DIBAWA KELUAR DARIPADA KEADAAN DAIF. MAKA UNTUK MELAKSANAKAN HASRAT MURNI TERSEBUT PM MALAYSIA PADA KETIKA ITU TUN ABD RAZAK TELAH TURUN PADANG MEMBERI PERHATIAN KHAS UNTUK MELIHAT PELAKSANAAN PROEJK TERSEBUT MNEPATI SASARANNYA.BEGITU JUGA TPM,MENTERI-MENTERI KEBINET YANG LAIN.

SELEPAS 37 TAHUN PEMBANGUNAN SEMULA TIDAK DAPAT DISEMPURNAKAN DAN STRUKTUR KAMPUNG MENJADI ROSAK DAN KUCAR -KACIR.PEMBANGUNAN KAMPUNG TELAH DIHENTIKAN OLEH AGENSI YG DIAMANAHKAN DARI TAHUN 1990- 2004.

APAKAH PUNCA PENYEBABNYA? SAKSIKAN VIDEO INI. TG TOKONG ADALAH SATU KES MALANG DALAM PELAKSANAAN DEB CONTOH PENGKHIANATAN YANG NYATA TERHADAP DASAR TERSEBUT. MENGAPA DASAR ASAL YG BERSIFAT SOSIAL UNTUK RAKYAT DIMANGSAKAN ?

JAWAPANNYA BILA SESUATU KAWASAN ITU BERNILAI EMAS IA TIDAK LAGI SESUAI UNTUK DIDUDUKI RAKYAT.IA HARUS DIKORBANKAN UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PEMBANGUNAN KOMERSIAL. DASAR UNTUK MEMBANTU RAKYAT MENJADI TIDAK RELEVAN LAGI. DEB TELAH MENJADI SEJARAH.