Tuesday, December 6, 2011

MEWUJUDKAN ZON WARISAN DI KAMPUNG TRADISI TG TOKONG

Usaha untuk mewujudkan Zon Warisan di kampung tradisi Tg Tokong menempuh laluan yang amat sukar. Mengapa terjadi demikian ? Meski pun ada penegasan daripada CM P.Pinang Tuan Lim Guan Eng bahawa pelan pembangunan semula Tg Tokong oleh UDA Holdings tidak akan diluluskan tanpa komponen warisan di dalamnya.

Perkara ini telah diserahkan kepada TKM 1 Datuk Mansor Othman untuk menyelesaikannya.Mesyuarat demi mesyuarat diadakan. Namun tidak menghasilkan sebarang pendirian daripada beliau tentang hala tujunya.Adakah keputusan hanya akan keluar setelah kampung ini dihancurkan dan hilang segala petanda tentang wujudnya sebuah kampung Melayu tertua di sana beserta dengan warisan hidupnya seperti Kelab Setia Tg Tokong(1911) dan Madrasah Al Al Taqwa(1926).

Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong tidak menuntut sesuatu yang ideal bahawa seluruh kampung ini menjadi warisan. Kita menuntut hanya satu bahagian dikekalkan menjadi zon warisan selaras dengan kertas cadangan pakar warisan Melayu Islam P.Pinang Prof Wazir Jahan Karim. Kita juga telah memberi satu pelan lakar bagaimana perkara tersebut boleh direalisasikan.